Powered By Blogger

Wednesday, May 26, 2010

8 tips menjadi coach yang hebat

1. Drills teach technique not decision making
Drills boleh mengajar pemain cara cara yang betul untuk melakukan teknik seperti kemahiran menyepak, menangkap , membuat hantaran dan sebagainya. tetapi sebenarnya drill tidak boleh membina keupayaan membuat keputusan yang tepat semasa dalam permainan- seperti kemana harus disepak dan kemana harus pemain itu membuat hantaran. Jadi coach yang hanya menyediakan pasukannya dengan sesi drill hanya menyediakan separuh sahaja kemahiran kepada pemain2 nya. pemain2 saya sendiri kadang2 tidak tahu kemana harus di passing bola dan kapada siapa sepatutnya bola di beri jadi selain drill coach juga seharusnya menerangkan kpd pemain kepada siapa harus dia memberi bola dan kenapa.

2. Encourage Team Play
Satu kerja yang sukar bagi mana2 coach yang mahu mengajar pemain2 yang baru hendak berjinak dengan permainan ragbi.tetapi kita sebagai coach haruslah menghadkan masa kepada pemain untuk berlari semasa memegang bola. Selepas beberapa tempoh waktu kita akan dapat lihat bagaimana mereka akan belajar bagaimana membuat hantaran disamping support rakan2 mereka sendiri. perkara ini memang mengambil masa. Jadi usah kita bimbang kerana permainan ini adalah satu permainan yng bukan boleh dimahirkan dalam jangka tempoh yang pantas.

3. Keep them moving
pemain-pemain tidak seharusnya dibiarkan berdiri menunggu giliran semasa kita membuat sesuatu kemahiran kepada pemain2 lain. sekiranya pemain2 ini menunggu sehingga lebih dari 30 saat mereka akan nula hilang tumpuan. jadi coach seharusnya merancang untuk melibatkan pemain dengan drill yang berterusan dan melibatkan semua pemain tanpa mengira posisi mereka. secara alternatifnya kita haruslah merancang second drill untuk kemahiran yang berbeza dari kemahiran pertama tadi seperti quick handling dan passing the ball. sekiranya kita leka pemain2 akan mula bercakap2 sesama mereka dan mula hilang tumpuan.



4. seimbangkan antara kerja keras dan keseronokan
Selalulah ingat yang setiap latihan yang kita kendalikan dengan memberi mereka satu sessi latihan yang keras tanpa memberi mereka peluang untuk senyum , ketawa atau berehat akhirnya kita akan dapati mereka akan mula bosan dan memberontak.



5. kepimpinan melalui teladan
sebagai jurulatih remaja kita seharusnya menjadi contoh kepada pemain2 untuk menarik kepercayaan dan hormat mereka kepada kita.jadi sebenarnya pemain2 remaja ini sebenarnya mahu kita menjadi role model kepada mereka. bagaimana caranya, mudah sahaja, cara kita berpakaian, attitude kita adalah contoh terbaik untuk mereka ikut.semasa latihan , tunjukkan contoh seperti proper dress dan memakai kasut yg sesuai, jgn sekali2 memakai kasut selipar semasa latihan.

6.penumpuan

tumpuan remaja ini sangat kurang berbanding pemain2 dewasa. sentiasa bersedia untuk berubah kepada drill yang seterusnya jika kita merasai sebahagian besar pemain sudah mula hilang tumpuan semasa latihan. rancang kemahiran yang teratur sebelum turun latihan, kerana pemain akan sentiasa menunggu kelainan dari kita sebenarnya.kemahiran yang sama membuatkan mereka akan merasa bosan.

7. The importance of ball skills
mulakan setiap sesi latihan dengan handling drill. Encourage mereka untuk membeli sendiri bola setiap seorng supaya mereka dapat membawa kemana sahaja dan bermain2 dirumah. dengan ini akan menjadi satu budaya kepada mereka dirumah semasa musim cuti sekolah atau semasa tiada latihan dipadang sekolah.
dengan ini akan dapat meningkatkan keyakinan mereka secara tidak langsung.



8.pemain2 remaja tidak suka fitness
budak2 memang tidak suka dengan latihan fitness. bagai mana cara mengatsinya ialah dengan merangkumkan semua sesi kecergasan ini dengan drill supaya mereka kurang merasai kepayahan fitness ini.
kurangkan sedikit masa rehat mereka dan cuba merancang drill yang merangkumi fitness sekali tanpa mereka sedari.

Tuesday, May 25, 2010

how to start your own rugby team

Anda di amanahkan oleh pihak pengurusan untuk menubuhkan satu pasukan bola sepak tak kiralah sekolah ke, jabatan ker...
apa yang datang dalang fikiran anda...
bola sepak adalah pemainan universal.
budak baru umur 2 tahun pun dah pandai sepak bola...betulkan(ini fakta) anak saya umur 1 tahun 3 bulan sudah pandai sepak bola...itu adalah asas dalam permainan bolasepak...tetapi berapa ramai kanak-kanak pada usia ini mampu menangkap bola dengan kemas...
jadi kalau diamanahkan untuk menubuhkan pasukan bolasepak....mudah sangat..pamggil saja rakan2 anda sure mesti adalah kurang2nya dalam 10 org yang teringain nak main tapi kalau budak2 sekolah, yang kaki bangku pun nak mencuba semasa pemilihan pasukan .

tapi berapa ramaikah yang mahu atau berminat nak bermain ragbi...itu pun kalau dia bekas pemain ragbi sekolah..

apa yang saya nak ceritakan disini tentang "how to start your own rugby team".
pening kepala juga nak memikirkannya...



Ini adalah tips-tips menubuhkan pasukan ragbi anda sendiri:
1. mesti ada minat, jangan sampai sekerat jalan
2. mesti ada coach, kalau anda boleh coach lagi bagus
3. mesti ada peruntukan( duit lah), nak built team ni makan banyak wang, jersy saja paling koman RM 70 sehelai
4. padang untuk latihan, kalau boleh asingkan dengan padang bolasepak, takut nanti berebut padang , coach rugby dengan coach bola bertumbuk pula
5. tak perlu padang yang besar untuk permulaan, jangan merungut kalau padang latihan anda kecil sebesar gelanggang futsal( yang penting mulakan dulu)
6. peralatan kena cukup, bola kalau boleh 10 biji lah, untuk pastikan semua pemain dapat memegang bola dengan lebih kerap
7. contact dengan rakan2 yang ada team rugby
8.tarik minat budak-budak, jangan jemu dan buatlah promosi hebat supaya mereka tahu ad a sukan rugby baru ditubuhkan
dan yang berikutnya,......
IS YOUR PASSION FOR THE GAME

Ragbi...disinilah bermulanya...


Blog ini di khususkan untuk peminat dan rakan-rakan yang mahu berkongsi cerita atau pengetahuan dan pengalaman dalam sukan ragbi. Tujuan saya ialah kita sama-sama ingin memajukan sukan Ragbi ini supaya dapat kita melihat kemajuan dalam sukan ini terus meningkat dan berkembang pesat.
Apa yang ada sebenarnya dalam blog ini...
Saya sendiri selaku orang yang masih baru dalam sukan ini walaupun sudah mula mengenali sukan ini semenjak tahun 1990 kini sudah memasuki tahun 2010 iaitu lebih kurang 20 tahun.

Melibatkan diri dalam ragbi semasa berusia 13 tahun dan mewakili pasukan sekolah sehingga tingkatan 5. Seterusnya apabila melanjutkan pelajaran ke Universiti masih lagi saya mencintai sukan ini.
Di Universti saya menyertai aktiviti Kokurikulum pun dalam sukan ragbi dan masih bermain dengan fakulti.

Walaupun tidak berapa dikenali itu tidak penting bagi saya.
Pada masa itu barulah tertubuhnya Fakulti Sains Sukan di Universiti dimana permainan ini banyak dikuasai oleh penuntut-penuntut dalam bidang sains sukan.
Sehinggalah saya mengambil keputusan menjadi seorang guru... saja mengikuti KPLI(kursus perguruan lepasan ijazah)
Di maktab kami diwajibkan mengambil satu bidang kokurikulum dan disan tiada pasukan ragbi jadi saya terpaksa memilih sukan bola baling kerana saya juga mewakili pasukan sekolah sejak dari darjah 5. Itupun kerana bola baling ini adalah sedikit ciri-ciri permainan ragbi. Di Maktab saya ditugaskan untuk membimbing kelab ragbi maktab walaupun tiada pengalaman yang membolehkan saya menjadi jurulatih.
Sekarang setelah lebih kurang 8 tahun saya mejadi guru sudah dua buah sekolah saya telah berjaya meubuhkan pasukan ragbi di sekolah itu.
Salah sebuah sekolah yang saya tubuhkan adalah dari sekolah jenis kebangsaan dimana seperti yang diketahui pemain-pemain peringkat ini di negara kita hanya dimonopoli oleh bangsa melayu sahaja.
Sekarang saya telah berpindah sekolah dimana sekolah ini adalah majoriti pelajar melayu, pada bulan pertama saya memasuki sekolah ini saya telah diamanahkan untuk memegang guru penasihat kelab remaja sekoalah yang memang bukan jiwa saya(badan beruniform). Dijadikan cerita atau mungkinn nasib saya pasukan ragbi hendak ditubuhkan disekolah baru saya ini kerana minat seorang pengetua dalam permainan ragbi. jadi saya telah menawarkan diri untuk menjadi penasihat kelab ragbi sekolah....disinilah bermulanya cerita saya...PASSION FOR THE GAMES.