Powered By Blogger

Tuesday, May 25, 2010

Ragbi...disinilah bermulanya...


Blog ini di khususkan untuk peminat dan rakan-rakan yang mahu berkongsi cerita atau pengetahuan dan pengalaman dalam sukan ragbi. Tujuan saya ialah kita sama-sama ingin memajukan sukan Ragbi ini supaya dapat kita melihat kemajuan dalam sukan ini terus meningkat dan berkembang pesat.
Apa yang ada sebenarnya dalam blog ini...
Saya sendiri selaku orang yang masih baru dalam sukan ini walaupun sudah mula mengenali sukan ini semenjak tahun 1990 kini sudah memasuki tahun 2010 iaitu lebih kurang 20 tahun.

Melibatkan diri dalam ragbi semasa berusia 13 tahun dan mewakili pasukan sekolah sehingga tingkatan 5. Seterusnya apabila melanjutkan pelajaran ke Universiti masih lagi saya mencintai sukan ini.
Di Universti saya menyertai aktiviti Kokurikulum pun dalam sukan ragbi dan masih bermain dengan fakulti.

Walaupun tidak berapa dikenali itu tidak penting bagi saya.
Pada masa itu barulah tertubuhnya Fakulti Sains Sukan di Universiti dimana permainan ini banyak dikuasai oleh penuntut-penuntut dalam bidang sains sukan.
Sehinggalah saya mengambil keputusan menjadi seorang guru... saja mengikuti KPLI(kursus perguruan lepasan ijazah)
Di maktab kami diwajibkan mengambil satu bidang kokurikulum dan disan tiada pasukan ragbi jadi saya terpaksa memilih sukan bola baling kerana saya juga mewakili pasukan sekolah sejak dari darjah 5. Itupun kerana bola baling ini adalah sedikit ciri-ciri permainan ragbi. Di Maktab saya ditugaskan untuk membimbing kelab ragbi maktab walaupun tiada pengalaman yang membolehkan saya menjadi jurulatih.
Sekarang setelah lebih kurang 8 tahun saya mejadi guru sudah dua buah sekolah saya telah berjaya meubuhkan pasukan ragbi di sekolah itu.
Salah sebuah sekolah yang saya tubuhkan adalah dari sekolah jenis kebangsaan dimana seperti yang diketahui pemain-pemain peringkat ini di negara kita hanya dimonopoli oleh bangsa melayu sahaja.
Sekarang saya telah berpindah sekolah dimana sekolah ini adalah majoriti pelajar melayu, pada bulan pertama saya memasuki sekolah ini saya telah diamanahkan untuk memegang guru penasihat kelab remaja sekoalah yang memang bukan jiwa saya(badan beruniform). Dijadikan cerita atau mungkinn nasib saya pasukan ragbi hendak ditubuhkan disekolah baru saya ini kerana minat seorang pengetua dalam permainan ragbi. jadi saya telah menawarkan diri untuk menjadi penasihat kelab ragbi sekolah....disinilah bermulanya cerita saya...PASSION FOR THE GAMES.

No comments: