Khas buat peminat dan penggemar sukan ragbi, dan buat anda semua berkongsi minat dan harapan dalam sukan ini
Thursday, September 23, 2010
start coaching after ramadhan and aidil fitri
selepas lebih kurang dua bulan berehat dari coaching, kini masa masuk semula ke padang.
akan kedengaran semula jerit dan tiupan wisel aku melolong tengah padang mengarahkan budak2 buat itu dan ini.
perancangan akhir tahun ini ialah untuk membentuk kembali player under 14 untuk menyediakan mereka pada kejohanan2 yang akan datang.
Jadi dalam masa yang agak suntuk ini aku terpaksa melobi pelajar2 form 1 and form two supaya mereka ada minat dalam ragbi.
syukur sebab ada KLINIK RAGBI yang dianjurkan oleh CIMB foundation dengan kerjasama COBRA maka dapat lah aku menarik minat pelajar junior ini supaya terlibat dalam sukan ini.
seorang jurulatih daripada SCOTLAND telah dijemput ke sini oleh COBRA untuk memberi tunjuk ajar kepada cikgu2 dan sessi coaching kepada pelajar2 jugak.
nampaknya pelajar2 junior ini menunjukkan minat pada sukan ini dan ada yang pada mulanya agak keberatan mahu menyertai sukan ini mula memberi respon yang amat baik.
jadi selaku jurulatih sekolah yang sukarela mahu membangunkan sukan ini aku sedia memberi tunjuk ajar pada pemain2 muda ini.
doakan supaya aku berjaya dalam membimbing pemain2 muda ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment