Apabila pihak lawan menendang bola dan bola sampai di belakang defensive line anda, anda mahu pemain anda untuk recover bola dengan cepat. Bayangkan jika mereka dapat recover bola itu dan mahu melancarkan balik serangan atau counter attack.
Disini ada kaedah bagaimana player anda perlu untuk recover the loose ball tadi.
Langkah pertama: DROP- Apabila pemain anda berada berdekatan dengan bola, pemain itu harus merebahkan badan dengan cara slide kearah bola dengan dada mengadap kearah bola dan bola harus berada dalam dakapan pemain itu. Pastikan juga belakang pemain anda mengadap opposition player. pemain anda itu kemudiannya mendakap bola itu dan seterusnya protect the ball daripada pemain lawan.
langkah kedua:- ROLL- setelah memastikan bola dalam dakapan pemain anda sekarang pemain anda harus bersedia pulak untuk bangun dengan pantas. dalam keadaan ini beliau harus segera memusingkan badannya kearah pemain lawan yang sedang meluru kearahnya.
Langkah ketiga:- GO- kemudian dalam keadaan bersedia, dengan tumpuan kearah pemain lawan dan dalam keadaan kakinya bersedia untuk bangun bola mestilah berada dalam dakapan dengan sebelah tangan lagi menolak tanah.
pemain anda tadi haruslah berada dalam keadaan low body position dan bersedia untuk go forward. bagaimana pun coach haruslah memastikan pemain itu dilatih supaya mereka dapat membuat decision making samada mahu berlari ke hadapan, menendang bola kehadapan kembali atau melakukan passing kepada rakan.
kaedah ini sesuai dipraktikkan semasa melakukan drill untuk forwards anda semasa kick off atau semasa memulakan permainan. apabila drill ini selalu dilakukan pemain2 anda tidak akan merasa gugup untuk menerima bola dari pihak lawan.
kaedah ini juga sesuai dilakukan kepada semua pemain terutama sekali kepada fullback dan back lines anda.
ingat " practices the skill not the drill"
No comments:
Post a Comment