Powered By Blogger

Thursday, December 30, 2010

what is your target for 2011 ?..perancangan dan matlamat tahun 2011

SELAMAT TINGGAL 2010....dan SELAMAT DATANG 2011

Apa yang telah kita harungi tahun 2010 akan mematangkan kita terutamanya bagi seorang jurulatih seperti saya. Juga pengalaman beraksi pada banyak peringkat juga dapat mematangkan diri dan permainan pemain-pemain kita dalam mengharungi perjuangan pada tahun seterusnya.

Banyak sebenarnya perkara yang saya telah belajar dalam usaha memantapkan lagi teknik dan gaya serta kemahiran taktikal dalam usaha memantapkan pasukan yang saya bimbing. Bagi seorang Coach kita sebenarnya tidak harus malu sekiranya pasukan yg baru kita tubuh menjadi pasukan belasahan apa awalnya. sebenarnya dalam jiwa pemain-pemain muda kita ini ada semangat yang membara untuk muncul sebagai pemenang .

Dan kita sebenarnya sebagai seorang jurulatih yang selayaknya membimbing mereka supaya mereka tak terus kecewa dan bangkit mencipta kejayaan. Saya amat berharap sebagai seorang jurulatih, agar pemain-pemain saya agar lebih serius dalam permainan ini. Sebagai seorang pemain muda, ini adalah nasihat dari saya:

1. rajinlah turun menjalani latihan. Jangan ponteng latihan.

2. Jangan malas semasa latihan. tumpukan perhatian dan banyaklah bertanya pada jurulatih anda.

3. mesti ada kesedaran dalam diri untuk memajukan diri sendiri dan tidak megharapkan jurulatih anda sahaja.

4. senatiasa pastikan condition anda berada dalam keadaan fit . semasa tiada latihan, anda ajaklah rakan2 anda untuk turun kepadang mengasah sendiri skill2 yang diajar sebelum ini.


Ini adalah nasihat dari saya sebagai seorang jurulatih.




Apa pula perancangan saya?

yang pertama meningkatkan pengetahuan dari segi kejurulatihan, sentiasa mencari bahan2 untuk membantu latihan dan meluaskan pengetahuan saya dalam teknik dan taktikal dalam permainan ragbi.


dan yang paling penting.......saya mahu merampas kejuaraan Ragbi Majlis sukan sekolah-sekolah negeri pada tahun ini....

ini impian saya...saya harap tiada halangan dari pihak penatdbiran sekolah...

No comments: