Powered By Blogger

Wednesday, April 20, 2011

group of death




Setelah berlangsungnya kejohanan RagbI MSSPs, pasukan dibawah tunjuk ajar saya telah selesai mengharungi peringkat kumpulan yang sangat memeritkan.

Walaupun pasukan ini baru sahaja ditubuhkan pada awal tahun ini, pemain-pemain telah menunjukkan kualiti permainan yang membanggakan walaupun tidak layak ke peringkat separuh akhir.
Memang target saya sebenarnya ialah ke peringkat akhir, kerana setelah menjalankan perlawanan persahabatan sebanyak 3 kali pasukan SMSTSP( SAINS PERLIS) telah tewas sekali, menang sekali dan seri sekali.
Dalam perlawanan ujian, Sains Perlis telah tewas kepada pasukan pilihan UNIMaP, menang dengan pasukan Derma dan seri dengan pasukan SEMSIRA.(johan Perlis).

Pasukan Sains perlis yang baru " diCAS" semula ini sebenarnya mempunyai potensi besar dalam merangkul kejuaraan MSSPs. Saya selaku jurulatih sekolah ini merasakan bakat2 yang ada harus dimanafaat dengan sebaiknya. walaupon baru masuk pada tahun ini setelah tidak menyertai kejohanan MSSPs selama 4 tahun pasukan ini mula menunjukkan kegerunan kepada pasukan2 yang sedia ada.

Saya agak bernasib baik kerana memiliki team forward yang heavy, kuat dan berani. Pasukan2 lain mengelak dari bertembung dengan forward kami kerana mereka memang tak boleh cari makan. Jadi banyak serangan mereka lebih tertumpu dibahagian backline dan saya akui backline sains perlis kurang pengalaman walaupun laju.

Banyak serangan kami lebih ditumpukan kepada bahagian forward dan ini membuatkan pasukan lain terpaksa bertahan. Tetapi disebabkan sedikit kesilapan pasukan lawan dapat menembusi bahagian backline dengan mudah.

Saya yakin yang pasukan SAINS perlis akan lebih maju pada masa hadapan. InsyaAllah saya akan memperturunkan segala ilmu ragbi saya pada pasukan ini. Untuk memastikan pasukan ini akan digeruni di kawasan utara ini, terutamanya kawasan kedah dan perlis.

STAND UP AND FIGHT

No comments: